Thursday, May 19, 2011

Roses berbunga

Setelah tinggal rumah 4 hari - rasa gembira teramat bila bunga-bunga rose menyambut ketibaan aku - berbunga dengan meriahnya... ya la sepanjang aku bercuti tak ada la orang nak menyiramnya...harapkan air hujan je le... Alahamduillah segar mekar pokok-pokok tanaman aku.

- Bagi aku pokok2 tanaman merupakan salah satu trapi untuk menghilangkan stress dan kepenatan diri.  

- Kecewa sikit bila gambar ni tak cukup clear sebab kamera dah   kekurangan bateri...tapi ok le sekadar hiasan blog.

Wednesday, May 18, 2011

Hari ke 3 - percutian

Isnin - hari ni boleh le aku bersantai kat rumah sekejap, sempat le tengok halaman rumah ni sebelum keluar jalan-jalan. Destinasi hari ni kalau ikut perancangan dari utara ke selatan gak le...
- 10 pagi keluar ke pekan Kota Bharu - nak shopping kat pasar khadijah, dari rumah aku nak ke KB lebih kurang 19 km, setengah jam ke destinasi. Selesai membeli belah di pasar aku singgah Tesco KB... suasana agak lengang sebab hari kerja.
- 12.30 tghari - terus ke tempat kerja ambil adik,  nak ajak dia pergi ke pekan Munduk (terletak di Thailand), pekan ni terletak di sempadan Thailand - Rantau Panjang, Kelantan - yang memisahkan cuma sebatang sungai yang keluasanya lebih kurang 500 meter saja. Hari jumaat dan isnin merupakan hari Nat (hari minggu) kat pekan ni dan menjadi tumpuan pada hari tersebut kerana banyak barang yang jual... kat sini terdapat banyak pilihan seperti beras siam, buah2an, pakaian, perkakas dapur etc - harga barang di sini murah sedikit jika dibandingkan di semenajung (Kelantan). Untuk menyeberang dari tanah semenajung ke pekan Munduk ni cuma menaiki perahu/bot sangkut tambangnya sehala RM1 setiap orang - sekiranya banyak barang yang dibawa akan kena tambahan tambang. Biasanya yang kena tambang tambahan ni golongan tok peraih (peniaga yang membeli-menjual barang).
- Dari segi kawalan barang yang dibeli kalau mengikut undang-undang memang ada kesalahannya - tetapi bagi rakyat Kelantan terutamanya sudah menjadi lali lari dari menbayar cukai - cuma ada barang tertentu dan kuantiti dibeli yang dikawal seperti beras, blanket@comforter .. kemungkinan akan dirampas oleh pihak berkuasa di sempadan Rantau Panjang.
- Kami jalan2 kat sini cuma 1 jam lebih je...sebab tak tahan cuaca kat sini agak panas, sempat juga membeli buah-buahan dan pakaian.
Menyeberang ke Pekan Munduk
Pandangan dari pengkalan Pekan Munduk


Sepanjang Cuti - hari kedua

Hari Ahad - 8 pagi dah keluar menuju ke Pejabat Tanah K.Krai, tujuan utama aku bercuti adalah untuk menguruskan hal geran tanah. Pertama kali dalam hidup aku nak urus permohonan ni, sebelum ini segala urusan tentang tanah ni arwah ayah yang buat.
- 1 jam setengah sampai ke pejabat tanah, melalui kerani kat situ aku bertanya peraturan dan syarat permohonan tu... kalau boleh aku nak selesaikan hari tu juga. Aku cuba tanya kat kerani tu boleh ke selesai proses tu dalam masa sehari... dia macam tak yakin memandangkan banyak urusan aku kena buat, ya la aku kena dapatkan pengesahan dari Penghulu kampung dan ADUN tempatan, uuuhh semua tu aku tak kenal, rumah dia orang lagi le aku tak tau.
- Misi aku bermula dari mengisi borang permohonan, menyediakan doc etc - terus perjalanan ke kampung mencari rumah penghulu kampung dan Adun. Perjalanan dari pejabat ke rumah penghulu kampung kawasan kebun aku tu agak jauh...ya la kawasan hulu...kat sini tak jadi masalah sebab aku boleh minta tolong penjaga kebun aku tunjukan rumahnya.
- Sepanjang misi aku ni banyak bertanya dengan orang sebab ada GPS pun tak boleh guna, sebab aku tak ada alamat rumah yang tepat, yang ada sekadar nama tempat je. Bagi aku tak jadi hal sebab orang kat sini boleh jadi GPS aku, seperti pepatah melayu "malu bertanya sesat jalan" memang sah aku tak malu sepanjang misi aku ni hampir 6 kali aku berhenti tanya untuk ke rumah Adun setelah selesai dengan  penghulu kampung.
-Paling mencabar sikit le ke rumah Adun ni sebab tak buat sebarang temu janji aku nekad main redah je ke rumahnya... almaklum le YB mesti banyak kerja lain. Lagi satu tayar kereta pula pancit....adoooiii. Tapi bab tayar pancit ni kira kelakar juga sebab aku berhenti kat kedai tayar untuk bertanya jalan ...tapi budak foreman tu perasan tayar kereta aku pancit.. 
- Syukur berjaya juga misi mencari rumah YB ... setelah cit-chat sekejap dengan YB (orangnya very simple dan aku boleh puji dia betul2 menunaikan tanggungjawabnya...melayan kedatangan rakyatnya dengan cepat... tanpa membuang masa aku) kemudian aku terus ke pejabat tanah sekali lain untuk hantar pemohonan tu, aku cuma ada masa 1 jam 15 minit je sebelum pejabat tanah tutup. Banyak lagi aku kena urus ni, hari ni kira aku ada 'luck' sebab kerani kaunter tu faham dan korban masa dia nak juga tolong siapkan permohonan aku hari tu juga. Alahamduillah lebih kurang 4.45 ptg aku selesai semuanya. Terima Kasih aku nak ucapkan kepada kerani @ kakitangan di pejabat tanah K.K. Biarpun dia orang tak baca blog ni tapi aku menghargainya, sebab sepanjang pengalaman aku berurusan dengan pejabat kerajaan ni agak rumit ada je masalahnya, tapi kat sini aku gembira semuanya berjalan lancar, malahan sikap dia orang pun boleh diberi pujian sebab sabar dengan pelanggan seperti aku.
-Selesai urusan tu aku singgah sekejap kat rumah kak ipar, tengok rumah barunya - kemudian meneruskan perjalanan pulang ke kampung. Rasa lega sebab urusan penting aku bercuti dah selesai aku anggarkan 2 hari utk selesai urusan ni tapi berjaya dalam sehari je, lepas ni cuma menunggu keputusan permohonan je. Inssyallah.
bersambung...

Sekali sekala ke kebun snap le sikit pic - sekadar hiasan kat blog ni.
kawasan kebun

ni le rupa pokok pucuk paku yang kita beli kat pasar dah siap berikat

Pokok kapalterbang boleh buat ubat luka http://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Kapal_Terbang

Anak sungai kat kebun

Pondok kat kebun..tinggal kosong je sekali sekala datang boleh le berehat.

air sungai yang jernih & sejuk!!!

Monday, May 16, 2011

Sepanjang Cuti - hari pertama

Setelah sekian lama tak bercuti menghabiskan masa... kali ni destinasi ke kampung halaman, aku ambil masa 5 hari memenuhkan masa dengan aktiviti sendiri. Tak ada lagi tekanan dari suasana di ofis. Biarpun badan penat sepanjang perjalanan balik kampung, hati ni rasa berbaloi sebab segala urusan yang dirancang selesai.

Hari sabtu 7 pagi - bertolak dari KL-Pasir Mas, tiba di kampung waktu makan tengahari... maka kami berlabuh le dulu makan tengahari di warung Nasi Ulam tepi sungai, waktu tu kami terpaksa 'que' sebab meja semuanya penuh dengan pelanggan. Alahamduillah sekejap je kami dah dapat tempat untuk menjamu selera....
- selesai lunch terus menuju ke kg halaman singgah sekejap jumpa sedara mara dan letak beg pakaian, aku tak nak buang masa lagi terus ke tempat yang menjadi kegemaran aku...
- mencari ais cendol di warung Rantau Panjang. Special ais cendol kat sini dibandingkan dengan tempat lain adalah rasanya yang cukup lemak manis...walaupun sekarang ni heboh harga santan dan gula mahal...tapi cendol kat sini tetap mantain lemak santannya. Kalau nak lagi sedap boleh tambah maklumat2 lain seperti kelapa muda, kacang merah, jagung....uuuuhh macam2 ada!!!. Cuma setiap tambahan tu mesti le kena extra duit... tapi harganya tak lebih dari RM4. Bila dah makan kat sini mesti bungkus bawa bekal balik rumah untuk diri sendiri dan kaum kerabat kat rumah... lepas tu pusing2 kat pekan, rugi kalau tak melabur kat sini...
- makan malam ditaja abang dan kak ipar...k'ipar memang terror bab masak ni, yg paling best nasi kerabu... uuuuhh nasi kerabu warna kuning + tumis (santan dicampur bahan2 di masak sehingga pecah minyak) + ulam2 + budu yang di masak + kelapa goreng + ayam bakar + keropok, memang sah bertambah-tambah la makan, yang sahnya tanpa was-was menambah berat badan...

OK bersambung......

Tuesday, May 3, 2011

Hijauan

Kali ni nak citer tentang kehijauan pokok tanaman kat rumah. Rumah aku tak ada halaman setakat letak tanaman tu kat porch kereta je. Tapi pokok-pokok ni dah ada hasilnya, pokok yang boleh makan tu dah berkhidmat le untuk aku. Bagi pokok hiasan pulak memang mengembirakan aku, sentiasa berbunga dan menyerikan pandangan aku setiap hari.

Bunga Melor


Aloe Vera yang sentiasa segar

Roses kembali berbunga

Daun Pandan sentiasa berjasa

Pokok Kari yang sudah berjasa kat tuannya

Anak limau purut 

Kesum menghijau