Tuesday, June 15, 2010

Puasa Bulan Rejab



Hari ke 2 aku berpuasa di bulan Rejab 1431H. Amalan berpuasa pada bulan Rejab ni tidak la menjadi kewajipan kepada umat Islam seperti bulan Ramadhan... cuma aku sudah terbiasa sejak kecil lagi sudah dia ajar untuk berpuasa pada bulan Rejab, Syabaan dan semestinya Ramadhan. Biasanya bulan Rejab dan Syabaan ni aku berpuasa setakat yang mampu je la...tidak la memaksa dan tidak pulak berniat nak menunjuk2...semua tu hanya Allah swt je yang menilainya niat aku ni....

Di sini ada pendapat yang aku baca tentang amalah berpuasa di bulan Rejab.... rujukan

Semalam 1st day aku puasa biasa la targetnya bila petang mula la fikir nak berbuka dengan apa? Menu simple je aku masak nasi, sayur air bayam+kobis+carrot lepas tu goreng telur dadar+bawang besar+mayonies+perisa....uuuhhh selera orang berpuasa yang simple pun jadi sedap!!! Alahamduillah.

Hari ke 2 ni tak tau nak cipta menu apa? belum buka peti ais!!! tunggu je la petang....

Monday, June 7, 2010

Ulam ulaman

Menu makan tengahari aku hari ni makan nasi ada ulam petai cicah budu berlauk ikan singgan (ikan aya @ tongkol)...uuhhh memang sedap dan menyelerakan... maka kat sini terlintas nak senarai jenis2 ulam.

Jenis2 ulam yang pernah aku makan..mungkin ada lagi cuma tak ingat je nama2 ulam tu...setakat ni jenis2 ulam yang aku jumpa kat kedai makan @ pasar...

Jenis ulam berdaun



1. Pegaga
2. Ulam raja
3. Pucuk Paku (kena celur/rebus sekejap)
4. Pucuk ubi kayu (kena celur/rebus sekejap)
5. Pucuk ubi keledek (kena celur/rebus sekejap)
6. Pucuk labu (kena celur/rebus sekejap)
7. Mengkudu
8. Pucuk Gajus
9. Pucuk Kaduk
10. Pucuk Putat
11. Selom
12. Pucuk betik


Jenis ulam kekacang/buah



1. Kacang botol
2. Bendi
3. Terung pipit
4. Timun
5. Jantung Pisang
6. Petai
7. Jering
8. Buah kerdas/genuak
9. Nangka muda
10. Kunyit dan halia muda

Ulam ni patut menjadi amalan dalam pemakanan seharian sebab banyak khasiat yang tersembunyi!!!.

Thursday, June 3, 2010

Sarapan @ Breakfast!!!



Rezeki untuk pagi ni... biasa la aku pagi2 perkara wajib bila sampai ofis breakfast dulu!!! pagi ni heavy gak rezeki aku...bihun goreng dan semug indo coffee kurang manis...alahamduillah!!!

Breakfast memang jadi pilihan aku, bila lunch tak perlu kecoh nak keluar cari makan...uhhuhhh tak suka lunch sebab lepas tu mengantuk bila nak sambung kerja... lagipun mengikut kajian tentang breakfast ni bagus...ni salah satu atikel yang aku dapat 'Sarapan Pagi Kuatkan Otak'

bihun goreng homemade...simple tapi cukup rasa!!!




minuman ni susah nak tinggal...dah jadi habit...now slowly untuk kurangkan pengambilan...
=====================================

Wednesday, June 2, 2010

Layan!!! Rossa : Hati Yang Kau Sakiti



hari ni aku dan lagu...

Untuk hibur hati sendiri bila jiwa ni rasa tak keharuan... entah la hari ni aku tiba2 je nak dengar lagu cam ni...nak kata ada terkena dengan diri sendiri ada gak.....kalau ikut citer2 tu dah lama... semua tu dah tinggal sejarah cuma tak ada muzium je...uhuuhh wat apa nak ingat yg sedih...sekadar hiburan je sebab minat aku lagu2 Rossa!!