Monday, May 31, 2010

Memori Bubur Puluh Hitam

ilham sendiri...tak reti nak letak bahan2 kat sini...

Desert ni memang salah satu kegemaran aku...tambah pulak kalau hari minggu begini aku ada masa terluang nak masak ala-ala koboi..sebab guna bahan yang seadanya... dapur aku ni tak lengkap seperti dapur chef2 lain masak...lagipun aku bukannya chef dan pro masak... misi dan visi aku janji masak dan cukup rasa..kalau dah cukup rasa tu sure sedap laaa...tak perlu nak berhias-hiasan...

Bubur pulut hitam ni mengingatkan aku kepada arwah adik lelaki...dia puji aku masak bubur pulut hitam sedap!!! uuuhhh bukan puji diri sendiri tau...kawan adik aku pun citer adik aku pun cakap kat dia si kakak dia masak lagi sedap dari makan kat luar...sedihhhhnya bila ingat arwah yang dah lama meninggalkan kami semua. Kenangan terakhir aku masak bubur pulut hitam ni... masa kat kg betul2 terpahat kat memori aku...adik suruh masak bubur pulut hitam sbb ni salah satu favourite dia...kebetulan masa tu tak cukup santan...dia sanggup kait kelapa kat belakang rumah bagi kat aku....biasa la kat kg kalau lewat petang dah tak da stok...ya memang berbaloi la aku masak hari tu adik aku memang tak lekang puji sedappp...kini semuanya tinggal kenangan!!!

Tuesday, May 25, 2010

KOLESTROL

Memandangkan status kolestrol aku berada paras berjaga-jaga ... maka aku mencari maklumat sebagai panduan dan sumber inspirasi untuk diri sendiri....selain dengar nasihat doktor... maklumat ni rasanya yang senang nak amal...inssyallah...

- Oat
Amalan mengambil oat sebagai menu setiap pagi boleh mengurangkan kadar kolestrol dalam darah, disamping serat dalam oat juga boleh mengurangkan risiko penyakit jantung.

- Buah-buahan dan sayuran
Epal, jambu batu, belimbing, mangga, kiwi, lobak merah, mentimun dan semua jenis buah yang mengandungi banyak Vitamin C adalah yang terbaik untuk mengawal kolestrol dalam badan.

- Kekacang
Sumber kalsium dan mineral dalam soya boleh membantu memecahkan lemak dan boleh mengurangkan kadar kolestrol jahat dalam tubuh. Amalan pengambilan kismis setiap hari juga boleh mengurangkan kadar kolestrol dalam darah.

- Pengambilan Jus

Untuk mengimbangi kelebihan kolestrol yang diambil, pengambilan lebih banyak jus buah-buahan dan sayuran seperti jus oren, belimbing dan jambu batu adalah salah satu cara yang terbaik.

Jus sayuran yang baik untuk merendahkan kandungan kolestrol dalam darah pula ialah jus lobak merah, mentimun dan pegaga. Untuk rasa yang lebih sedap dan segar anda boleh membuat sendiri jus tersebut di rumah.

Bagi lebih berperisa, anda boleh menambahkan sedikit madu, perahan lemon dan gula batu.

- Senaman
Jadikan rutin senaman 3 kali seminggu boleh membantu mengawal kolestrol dalam tubuh.

Peringatan untuk diri sendiri jangan lupa kawal pengambilan makanan yang menjadi punca kolestrol....seperti???

Saturday, May 22, 2010

1 bulan kat sini....

ruang tamu yang simple


<><><><><><><><><><><>
Setelah sebulan aku pindah rumah baru...ada la sikit deko2 kat rumah ni...mengikut kehendak naluri sendiri...emmm tak ada konsep @ tema yang aku tetapkan...cuma pilihan warna dalaman tu ada keserasian dengan jiwa aku... sofa ni aku pilih ala2 konsep moden dan aku suka material fabric...nak beli brand fella tak mampu..tapi cukup la yang ni aku jumpa kat kedai perabot...langsir hasil kerja tangan sendiri...agenda2 lain tu belum lagi difikirkan...apa yang patut ditambah kat ruang yang kosong tu... <><><><><><><><><><><>


dinning area...meja makan zaman dulu-dulu!!! belum jumpa yang memikat hati...