Wednesday, December 31, 2008

Sayonara '08 .. Say Hello '09

Selamat Tahun Baru 2009

Tahun 2008 hari ke 365 makin hampir ditinggalkan, semuanya sudah tercatat sebagai kenangan ... ada suka-duka dan riang-girang. Aku makin tak mampu untuk mengejar kepantasan waktu ... adakah dunia sudah akhir zaman atau aku terlalu lalai dengan kehidupan di dunia yang dipinjamkan ini.
Walau apa pun aku terpaksa teruskan hidup ini melangkah ke Tahun Baru 2009 ... Doa dan harapan agar kehidupan aku dikurnia kesempurnaan di dunia dan akhirat. INSSYALLAH.

Tuesday, December 30, 2008

Maal Hijrah - 1 Muharam 1430

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1430 : 1 Muharam 1430 disambut 2 hari lebih awal dari Tahun Baru 2009.

Doa Awal Tahun.....

Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim, yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Lirik nasyid ini membawa kita untuk menghayati tentang "hijrah dan perjuangan"


Satu muharram detik permulaan
perkiraan tahun islam hijrah
perpindahan nabi dan umat islam
dari kota mekah ke kota madinah

Atas keyakinan dan iman yang teguh
kaum muhajirin dan ansar bersatu
rela berkorban harta dan nyawa
demi menegakkan islam tercinta

Hijrah itu pengorbanan
hijrah itu perjuangan
hijrah itu persaudaraan
hijrah membentuk perpaduan

Oleh itu, mari semua
kita sambut maal hijrah
tingkatkan semangat
tegakkan syiar islam
untuk sepanjang zaman

Friday, December 5, 2008

My Birthday lagi!!!!

04 Disember 2008 bersamaan 5 Zulhijjah 1429

Hari ini aku menyambut ulangtahun lagi, mengikut kalendar islam aku di lahirkan pada 13 Ramadhan @ 4 Disember. Selamat Hari lahir... syukur alahamduillah sehingga ke hari ini aku masih dikurnia kesejahteraan dan mampu meneruskan kehidupan ini tanpa menyusahkan orang lain, aku gembira disamping keluarga, sedara mara dan dikeliling kawan-kawan yang setia. Aku panjatkan doa semoga Allah swt memakbulkan dan mengkurniakan kesejahteraan, kekuatan untuk aku menunaikan amalan rukun wajib serta sunat....juga rezeki untuk aku teruskan hidup ini tanpa lalai tentang tanggungjawab aku sebagai umatNYA.


Harijadi tahun ni aku memenuhi permintaan kawan-kawan: meniup lilin dan sing a song "HAPPY BIRTHDAY"!!! Thanks alot my dear friends i love u all.... thanks for the presents, cake and beef steak ...very nice. For my lovely sisters thank u very much for the 'gold'... all presents with love from u all i will keep forever for my sweet memory!!!

Tuesday, October 28, 2008

Senja di Pantai.......

Bersantai menikmati keindahan senja

25-27 Oktober....3 hari cuti!!!! aku mengambil peluang ke Telok Kemang kebetulan member ajak balik kg dia boleh la penuhi masa dengan catatan perjalanan dan release fikiran yang berserabut dengan suasana kerja. Seronok berada di kg!!!!! dengan suasana tenang dan damai bersama hembusan udara yang segar...tambah pulak rumah member aku tak jauh dengan pantai...peluang untuk bersantai tu tak dilepaskan...Setelah sekian lama aku tak tengok sang matahari terbenam....di sini dapat aku rakam detik-detik indah...

[matahari yang hampir terbenam]


[berlari meninggalkan senja]


[berenang dan berendam di waktu senja]


[kembali ke pelabuhan]



[original body spa!!!]


[satay....makan time!!!]

Friday, October 3, 2008

Aidil Fitri @ Syawal 1429


Salam Aidil Fitri untuk semua umat islam....

Alahamduillah syukur dapat menunaikan puasa Ramadhan 1429 ini dengan sejahtera. Kini aidil fitri disambut... suasana di pagi hari raya ini aku, adik-adik dan ayah serta saudara yang lain membuat persiapan yang seadanya... sekadar untuk memeriahkan suasana hari yang penuh bahagia ini kami semua tetap menyediakan juadah seperti aidil fitri sebelum ini untuk meraikan sanak saudara yang berkunjung.
Takbir bergemar!!! selepas solat subuh di pagi aidil fitri ayah menjemput jemaah di surau yang solat subuh berkunjung ke rumah untuk menjamu selera juadah yang kami sediakan.... begini lah amalan ayah setiap tahun di pagi raya meraikan orang-orang kampung semenjak kehilangan ibu hampir 10 tahun yang lalu.Kami semua sudah terbiasa dengan suasana begini walaupun bagi kebanyakan orang belum bangun lagi...tetapi di rumah kami pukul 7 pagi hari raya sudah penuh dengan tetamu menjamu selera sebelum berkunjung ke surau untuk menunaikan solat sunat aidil fitri. Meskipun hati sayu teringat yang telah tiada tapi kunjungan tetamu cukup membahagiakan kami sekeluarga...mungkin itu la rahmat dan doa tetamu untuk kami semua.
Sebelum solat sunat aidil fitri kami semua menziarah kubur ibu dan saudara mara...asalamulaikum dan salam aidil fitri buat semua saudara mara ku yang telah pergi...setelah ziarah dan bersedekah Al-fatihah dan selawat kami semua ke surau menunaikan solat sunat aidil fitri.
Saat bersalam-salaman dengan ayah dan adik beradik hati aku teramat sayu...tapi aku cuba tahan air mata dari mengalir...terlalu banyak untuk dikenang di pagi ini terutamanya bila mengenangkan ahli keluarga makin kurang... yang telah pergi untuk selamanya. Pagi syawal yang mulia ini aku bersyukur ke hadrat ilahi kerana masih dapat bersama dengan ayah dan adik beradik serta saudara mara. Amin!!!

Monday, September 1, 2008

Ramadhan 1429H

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak dan selamat menunaikan ibadat puasa...

Setelah setahun berlalu...kini ramadhan datang lagi 1 Ramadhan 1429 bersamaan 1 September 2008, aku sambutnya dengan debaran keinsafan...dengan lafaz niat suci ini agar tahun ini segala amalan aku diterima dan diberkati oleh ALLAH swt. Sesungguhnya bulan yang suci lagi mulia ini tetap aku jalani walaupun setiap hari aku laluinya dengan kesedihan bila terkenangkan tentang diri sendiri!!, ibu tercinta, saudara-saudara tersayang yang sudah tiada di dunia ini untuk aku jalani ibadat puasa bersama-sama....aku merintih sekuat mana pun Tuhan lagi sayangi mereka...hanya doa yang dapat aku sedekahkan kepada yang telah tiada. Aku memohon kepadaNYA diberi kekuatan dan kesabaran untuk aku menjalani ibadat puasa dan solat sepanjang bulan mulia ini...agar segala amalan aku ini tidak sia-sia...Ya!! aku tidak tahu...mungin tahun hadapan belum tentu dapat aku bertemu lagi dengan RAMADHAN.

Bulan Ramadhan bulan yg berkat
Bulan rahmat dan bulan utama
Pahala digandakan, doa diterima
Bulan Lailatul Qadar yg istimewa

Isilah bulan ini, banyakkan amalan
Beribadah malam, siang berpuasa
Banyakkanlah sedekah jgn dikira
Moga ia menjadi penebus dosa
Membaca Al-Quran jgn dilupakan
Zikir dan Tasbih elok disertakan
Meriahkan Ramadhan dgn bermacam cara
Agar Ramadhan tidak sia-sia...

Hindarkanlah dosa di setiap anggota
Kalau boleh dosa hati jua
Kerna dosa itu merosakkan pahala
Agar kita tidak mensiakan Ramadhan

Isilah Ramadhan dgn sebaiknya
Kerna ia datang setahun sekali
Tahun hadapan belum tentu jumpa
Kerna kita mati bila-bila masa

Saturday, August 23, 2008

Pagi Jumaat yang pilu

Jumaat 22 Ogos 2008/20 Sya'aban 1429H...10.30 pagi aku terima berita dari kampung tentang kepulangan ke rahmatullah adik lelakiku...YA ALLAH...Inaliallah...Al-Fatihah untuknya. Semoga arwah adik tersayang tergolong dalam golongan orang-orang yang beriman. Tiada apa yang mampu aku katakan hanya terima segala ketentuan ini dengan penuh sabar dan redha sesungguhnya setiap yang hidup di dunia ini akan pergi jua. AMIM.

Friday, August 8, 2008

Ragut

02 Ogos 2008 sabtu jam 8.30 malam, kejadian malang aku kena ragut handbag oleh seorang setan lelaki berhampiran dengan kediaman aku. Setelah aku ditolak dan jatuh setan tu melarikan handbag aku....aku cuma mampu meminta tolong dan jiran-jiran cuba mengejarnya tetapi tak berhasil....aku masa tu 'blur' alahamduillah jiran-jiran datang membantu. Aku ke Balai Polis membuat laporan dan terus ke HKL untuk mendapatkan rawatan... aku cedera di jari manis bila doktor X-ray nampak jari tu retak...seluruh badan aku terasa sakit teramat sangat. Kemudian lebih kurang pukul 2 pagi aku terpaksa ke IPD Sentul untuk buat pengencaman....Pagi tu aku terpaksa menumpang di rumah kawan memandangkan aku ketakutan untuk pulang ke rumah. THANK YOU VERY MUCH Candy & Joe...also my close friend Sub...tak terbalas atas segala pertolongan!!!! MALANG TAK BERBAU semuanya hilang dalam sekelip mata. Hanya Tuhan saja yang dapat membalas di atas segala kebaikan dan kejahatan seseorang itu...

Tuesday, June 17, 2008

Ofis Baru


Alahamduillah!!!!
02hb Jun 2008 aku berkhidmat di ofis baru...tetapi pengurusannya sama. Inssyallah aku akan jalankan tugas seperti yang diamanahkan oleh pihak pengurusan. Sesungguhnya aku amat bersyukur ditempatkan di sini....semua kelengkapan yang disediakan serba baru!!! Walaupun di sini sunyi dan jauh dari kawan-kawan tetapi aku tetap akan menjalankan tanggungjawab ini. Walau dimana kita berada Tuhan tetap disisi kita...itu saja yang aku selalu ingat dalam hati ini.

Tuesday, April 15, 2008

Cendol


santan + gula merah + cendol + kacang merah + jagung + pulut +
ais...singgah di warung mamak untuk menikmatinya...

Monday, April 14, 2008

Senja


Senja di Tasik Titiwangsa selepas hujan.

Friday, April 11, 2008

MyOfis


Usaha dan Rezekiku di sini....

Monday, March 24, 2008

F1



F1 di Sepang 23 Mac 2008, dapat tiket free!!!!! uhhhh pertama kali kunjungan ke 'world event'. Tak minat tetapi cuba untuk berada dalam keghairahan di F1....di sini kebisingan sang kereta berlumba-lumba....seronok tengok berbagai ragam mereka dari pelusuk luar dan dalam negaraku tercinta MALAYSIA....bangga!!! dengan ilham pemimpinku TDM.....

Sunday, March 9, 2008

PRU 12






Pilihanraya umum 12; rakyat Malaysia membuat pemilihan pucuk pimpinan baru!!! Parti: Barisan Nasional(BN) » Malaysian Chinese Association (MCA) » Malaysian Indian Congress (MIC)» Parti Gerakan Rakyat Malaysia (PGRM) » Parti Islam Se Malaysia (PAS) » Democratic Action Party (DAP) » Parti Keadilan Rakyat (PKR). Rakyat berhak memilih parti @ pemimpin pilihan hatinya untuk menentukan corak kepimpinan masa depan negara.

Tuesday, March 4, 2008

Perjalanan


'Perjalanan' tercipta sesuatu yang bermakna kalau dihayati dan diterjemahkan...Perjalanan=peredaran=pergerakan, perkembangan=pelayaran=pengaliran=perlakuan.....'jauh perjalanan luas pandangan dan banyak pengalaman!!!!