Monday, September 30, 2013

Peringatan!!!

Pagi ni dalam paper BH ada artikel yang menarik untuk aku bagi tumpuan - baca sebagai peringatan untuk diri sendiri. Pendapat aku artikel macam ni memang bagus, terutamanya untuk orang macam aku ni - kurang ilmu pengetahuan, kadang tu kalau tau pun terlupa juga  sebab kesibukan dengan urusan dunia... maka  ilmu akhirat kurang tumpuan. Sekurangnya bila baca artikel ni menyedarkan aku bahawasanya aku pun tergolong dalam kategori usia 40an. Sekarang zaman orang bekerja sibuk dengan keduniaan - tak ada orang yang akan kejutkan kita kecuali diri kita sendiri maka tiba masanya aku bermusahabah!!! 

Saturday, September 28, 2013

Sandwich @ Burger @ Hotdog?

Sekadar nak rasa... semasa berjalan keluar menuju ke parking dari kedai wholesale.. ada kedai makanan menjual nasi arab + mandy dan kebab milik kaum Asia Tengah...anggapan aku owner kedai makan ni adalah orang yang sama pemilik wholesale. Biar la itu hak dia sebab mereka rajin dan mampu untuk buat bisnes. Aku pun menyinggah la sebab ikut Mr Right biasa la semua nak 'rasa'..aku cakap kalau nak beli nasi mandy @ nasi arab tak payah sebab sebelum ni pernah beli sekali... rasanya biasa je dan harganya agak mahal...nasi arab + ayam sikit je dah RM14. Tapi kali ni kami beli sandwich kebab kambing RM5 size dan intinya ala kadar je.. eeemmm taraf harga makanan sekarang dah tak boleh nak komen lebih2... lagipun kita makan jadi darah daging diri sendiri.

Sebenarnya aku tak pasti adakah ni sandwich @ burger @ hotdog @ kebab? Tapi aku bagi je nama seperti yang ada kat kertas bungkus tu. Sebungkus sandwich RM5, bukan sebab lapar kami beli tapi untuk rasa sedap atau tak makanan negara orang?
Ini la rupa sandwich kebab.. size ni lebih kurang 6 in...
yuooo ni la rupa isi perutnya... kecewa la sebab dagingnya teramat la sikit. Isi kandungannya yogurt + daging + capsicum
Daging ni dipotong untuk diisi dalam roti arab tu untuk dijadikan segulung sandwich...tepi tu adalah api yang membakar daging tersebut, kemudian bila  dah diisi segalanya dikepit dalam toster sebelah (alat yang ada pemegang)

Buah-Buah Kering + Segar

Petang sabtu!!! Setelah berbulan tak meredah jalan Chow Kit, petang ni menghala ke sana sebab nak membeli buah-buahan kering dan segar. Sekarang ni kalau pergi supermarket agak susah nak beli buah yang segar, kalau ikutkan nak masuk jalan Chow Kit ni jam dan parking pun susah. Tapi petang kami pergi je walaupun jam lagipun petang ni kami free. Bila masuk kawasan Chow Kit ni aku rasa dah bukan berada di negara sendiri...sepanjang jalan aku tengok semua muka warga asing, belum lagi kira yang berniaga kat sini...boleh dikatakan 95% kawasan Chow Kit ni jadi takluk mereka. Kenapa jadi begini???? Siapa yang perlu jawab??? Lupakan semua itu....
Kami singgah kat kedai Wholesale Suria milik warga Asia Tengah... entah la Turkey atau Iran, yang terletak di Jalan Tar, berdekatan dengan Myidin Chow Kit. Kami dah banyak kali singgah kat kedai ni untuk membeli jus dan buah kering seperti kurma, kismis dan tin. Kebanyakan barang-barang kat sini dari negara sana. Mungkin target pasaran adalah untuk warga mereka. Dari segi harganya bergantung kepada jenis makanan... macam jus lebih kurang harga jus produk Malaysia, cuma kualitinya pekat dan manis. Aku agak harian macam mana produk dari negara luar begitu banyak dibawa masuk kat sini.. kepada yang suka makan buah zaitun, timun jeruk etc banyak kat sini... aku tertanya2 macam mana semua produk ini dapat kelulusan dibawa masuk?? Tujuan aku bukannya nak promote supaya datang membeli kat sini - peringatan untuk diri sendiri jangan la pulak kita 'support' bisnes orang asing. Tetapi hakikatnya perniaga kat KL ni dari kalangan warga asing!!! Entah la aku sendiri pun tak tau nak buat pilihan... dah macam hidup terasing di negara sendiri.

Minyak zaitun dan jus delima, manggo dan orange yang kami beli
Buah-buah kering - Kurma Mariami, kismis dan tin - aku dah siap masuk dalam bekas...buah kering ni jadi kudapan senang nak makan bila letak satu bekas, kalau letak dalam bekas asing ada yang makan sejenis je...
Buah-buahan dari pasar chow kit...segarkan buahnya!!! seronok tengok apa lagi untuk makan mesti tertarik!!!

Friday, September 27, 2013

JOM!!! minum petang

Cuaca petang ni agak suram dan sejuk... perut pun mula la minta diisi. Eeemm makan roti bakar sedap ni, roti dan stok tuna ada kat pantry.... kita bakorrrr. Aroma roti bakar ni memang jadi bertambah la lapar.. bos dan staff lain tak da ok la tu sekurangnya bau roti tak la menganggu pernafasan orang lain. Aku cuma bakar roti je, airnya sekadar minum air suam - kalau ada bau coffee lagi best!!! Tapi aku limit pengambilan coffee sekali je sehari - takut juga nanti ketagih setiap petang nak minum, lagipun tak nak malam nanti terkebil-kebil tak boleh lena, nanti jadi security guard la pulak kat rumah sendiri.  

Makan roti tuna bakar dan air suam pun dah kenyang.
Habis roti ni aku kerjakan...confirm kenyang hingga malam

Ohh My Jiran

Kes awal pagi - my blood go upstairs!!! Oh my jiran kalau kau dah buat salah tolong la senyum!!! Aku boleh senyum dan sabar!!! Tapi disebabkan sikap kau yang kurangggg ...., maka aku pula yang jadi stress pagi ni,  tak ada darah tinggi tiba-tiba boleh jadi high blood - perangai buruk kau yang suka parking kereta depan rumah orang aku menyusahkan aku nak keluar kereta dari porch.... dah la aku nak menampak ke rumah kau yang jauh dari rumah aku nak panggil alih kereta...bell rumah tak ada...aduhaii tak kuasa aku nak melalak meraung depan rumah orang pagi2...aku call guard house!!! kau tau tak kesilapan kau macam menceroboh kawasan rumah orang. Kalau ni firstime kau buat aku tak kisah...ni sejak kau datang menghuni kat sini telah mengganggu dan mendatangkan kesulitan kat kami. Aku pun tau kau pernah langgar kereta jiran depan rumah aku...tapi dia tunggu dan lihat samada kau datang minta maaf...tapi jiran tu pun dah tak kuasa nak hadap muka kau gara2 anjing kau masuk kawasan rumah dia...bila lapor kat guard kau salahkan orang kononnya anjing kau tu yang betul..plzzz la jiran kat sini tak boleh pelihara binatang kecuali dok dalam rumah kau tanpa menganggu penghuni... kalau bab parking kereta ni kami berdua @ jiran rumah berdepan banyak toleransi sanggup bagi ruang tepi rumah kami kepada penghuni lain untuk parking...hakikatnya ruang hujung tu kami berhak parking...kami sanggup parking kereta dalam porch. Tapi ni la sikap manusia ada akal tak nak guna!!! bagi betis nak paha. 

Aku bukannya nak kau say sorry atau tunggu raya deepavali kau baru nak minta maaf... aku tak hingin semua tu!!! sebab aku dan jiran-jiran kat sini dah tau sikap rude kau dengan kami. Bila diadili oleh guard cakap kau yang salah...kau tak boleh terima - apa lagi!!! ubahlah sikit perangai tu kita ni tinggal kawasan perumahan boleh dikategorikan selesa dan berkemampuan.... kau bukannya orang tak ada akal, malu la sikit dengan penghuni pprt walaupun tinggal rumah flat dan parking tak cukup tapi dia orang tau macam mana tak menyusahkan jiran. Aku bukannya nak cari masalah...malah aku nak berbaik dengan semua orang sekeliling tak kira siapa dia, biarpun buat salah aku boleh terima...tapi jangan 'rude'...bila aku cakap dengan cara baik, 'puan lain kali jangan blok/parking depan rumah saya boleh tak'? kau  dengan mulut kurang ajar dan nada suara yang tinggi boleh cakap 'okkkk' dengan muka tak nak pandang aku terus masuk kereta. Heii helloo kau tu dah la muka tak lawa mana perangai pun lebih teruk dari tu, kau tu wanita aku pun wanita tak payah la nak tunjuk lagak lagipun bukannya ada aurat pun kalau kau pandang aku untuk senyum... Moral of the story... tak luak atau rugi kalau kita bermurah hati, senyuman dan budi bahasa- hidup kita pun bahagia malah boleh bawa keberkatan.

Hati panas, naik darah, bad mood telah menganggu emosi aku sepanjang ke tempat kerja... tak sempat tunggu sampai ofis aku terus taip luah amarah dalam blog masa dalam kereta sambil mengadap jammed...memang spoil sungguh pagi ni... YA Allah - mengucap banyak2 dipagi jumaat yang mulia ini. Sesungguhnya aku umat Mu yang lemah ini tidak sanggup berdepan dengan orang macam ini lagi, aku tak mahu tambah dosa lagi.... amin.

Salah satu cara nak tenangkan emosi aku bila masuk ofis...minum semug coffee - harapnya tekanan tak berpanjangan supaya tidak menganggu tugasan.
Pagi ni bangun awal bersemangat nak masak sebab nak makan nasi goreng kerabu - letak serai dan potong daun kesum. Bau serai dan daun kesum semerbak sekurangnya dapat menghilangkan stress aku angkara jiran dan keretanya.

Wednesday, September 25, 2013

Haus!!! #Ais + Peach + Cincau

Adakah cuaca panas sekarang? Sejak 2 hari ni tekak aku rasa haus je...adakah dahaga disebabkan cuaca panas atau ada terlebih makan makanan masin atau berminyak? Di ofis semalam aku beli ais krim McD untuk hilangkan dahaga... malam ni lepas solat isyak dah huru hara cari ais, tak pernah macam ni sebelum ni. Aku ni alegric bila minum ais..risau gak dibuatnya besok demam. Harapnya ok la ambil sebab aku letak sikit je ais ketul...lebihkan cincau yang sejuk dan tambah buah peach. Uuuuhhh segar dan nyamanya bila dapat yang sejuk kat tekak ni.

Semug Ais!!! harapnya berjaya untuk aku hilangkan rasa dahaga

Monday, September 23, 2013

Air Kosong

Semangat untuk menjaga kesihatan... hari ni aku angkut botol air yang muat 1 liter ke ofis. Harapnya dengan ada botol air atas meja aku boleh disiplin diri untuk habiskan 1 liter air setiap hari di ofis. Tapi disebalik tu ada cerita lucu atau agak malang sikit bagi aku pagi ni...sebelum botol tu sampai ofis aku dah isi air penuh bawa dari rumah...ya la kononnya bila sampai ofis tak perlu la nak mengisinya... malang tak berbau...sampai je kat parking kereta aku pusing belakang nak ambil botol tu 'kosong' airnya dah kering!!! Ya Allah penutup botol tu tak ketat entah bila la terbalik aku tak sedar...habis basah karpet kereta - eeemm sabar je - harapnya petang ni kereta kau tak berbau la.


Kelebihan dan kebaikan meminum Air Suam:

1. Menguruskan badan
Berita baik bagi mereka yang sedang berusaha mengurangkan berat badan. Air suam tidak mengandungi kalori, gula ataupun lemak dan ini ternyata mampu mengurangkan berat badan kita.

2. Meningkatkan kesuburan
Air suam dapat menghasilkan hormon testosteron pada kaum Adam serta hormon estrogen pada kaum Hawa.

3. Melancarkan sistem pencernaan
Minum air suam dalam kuantiti lapan gelas setiap hari akan melancarkan sistem pencernaan. Ia dapat menghindarkan dari mendapat sembelit malah pembakaran kalori juga akan berjalan dengan efisien.

4. Melambatkan proses pertumbuhan zat kanser
Air suam bukan saja melambatkan pertumbuhan zat penyebab kanser malah ia juga dapat membantu mencegah penyakit hati dan ginjal.

5. Perawatan kecantikan
Kekurangan pengambilan air suam menyebabkan tubuh menghadapi kesulitan untuk menyerap air, sekaligus mengakibatkan kulit kering dan berkedut.

6. Tubuh lebih segar dan sihat
Khasiat air suam bukan sekadar untuk membersihkan tubuh saja tapi juga sebagai zat yang sangat diperlukan tubuh. Kita mungkin dapat bertahan bila tidak makan beberapa hari namun tidak mungkin dapat bertahan jika tidak minum air. Ini kerana air merupakan bahagian terbesar dalam komposisi tubuh manusia.

7. Menyihatkan jantung
Air suam juga diyakini dapat menyembuhkan penyakit jantung. Bahkan pada saat ini juga sudah banyak perubatan altenatif yang memanfaatkan penggunaan air suam.

8. Ubat kepada penyakit strok
Air suam tidak hanya digunakan untuk mengubati berbagai penyakit kulit, namun sangat efektif untuk mengubati penyakit lumpuh. Ini kerana air dapat membantu memperkuatkan kembali otot-otot dan ligamen serta melancarkan sistem peredaran darah dan sistem pernafasan.
 
Yesss hari ni sehingga pukul 4.30 aku dah berjaya menghabiskan 1 liter air..

Sunday, September 22, 2013

Menu Of The Day

Tengok pada tajuk macam mengancam je menu untuk hari ni... hakikatnya adalah masakan yang biasa aku masak je... nampak gempak la sikit bila letak tajuk in English... sekarang ni jadi trend disetiap restoran @ kedai makan ada board samada diletak depan atau kat dinding restoran menu istimewa setiap hari berbeza...ya la strategi bisnes tarik pelanggan. Macam aku ni kalau setiap hari nak tulis agaknya apa reaksi orang kat rumah ni...mesti dia ingat aku ni banyak masa atau terlebih rajin untuk memasak...he.he.he. Apa pun buat la apa saja janji hidup kita gembira dan bahagia bila berada didapur!!

Tayang solok lada je untuk menu hari ni... menu lain tu tak perlu la tunjuk sebab dah pernah tayang sebelum ni.

Sagu Gula Merah

Sagu ni aku masak untuk minum petang... tiba2 je rasa nak makan desert manis. Aku pilih masak sagu sebab kerjanya mudah dan cepat untuk dimakan. Biasa la bila terlintas nak makan mesti nak yang cepat masak dan cepat dimakan. Pilihan aku kali ni masa sagu dan dimakan dengan susu cair juga gula merah. Sagu ni masak dengan air biasa letak separuh aku buat hijau dan separuh warna sagu asal...dan nak bagi wangi letak daun pandan. Semasa masak gula merah pun aku letak daun pandan sebab aroma daun pandan boleh membuka selera. Proses menyedia desert ni hanya 45 minit je..bila sagu dah beku dah boleh makan....kalau nak makan yang sejuk boleh letak ais ketul...aku suka makan yang suam. 

hidangan ni kurang menarik...sebabnya tak sabar nak makan.

Saturday, September 21, 2013

Mahkota Dewa

Bila balik kg aku ambil kesempatan untuk jumpa adik beradik yang ada kat sini...lagipun hariraya lepas aku tak balik - daoat jumpa sekejap pun dah cukup lepas rindu kat sedara terdekat. Masa dok tengok bunga yang ada dihalaman rumahnya...dia bagitau pokok mahkota dewa dah berbuah... buah mahkota dewa ni pertama kali aku tengok...kalau ikutkan sebelum ni aku kerap ke rumahnya tapi tak pernah ada buah. Ooohh rezeki aku boleh juga tengok buah ni depan mata...sebelum ni tengok gambar je. Aku tak pasti sejauh mana kegunaan dan khasiatnya... aku cuma rujuk kat sini je... http://id.m.wikipedia.org/wiki/Mahkota_dewa.
Aku petik sebiji bawa balik...tapi terlupa nak rebus...buahnya pun dah kecut dan naik tompok hitam.

Buah mahkota dewa yang dah kecut dibelah...tak pasti isinya macam mana kalau buah ni masih segar
Sebiji mahkota dewa yang dah naik tompok hitam...gara-gara terlupa dok dalam beg...masa petik dari pokok buah ni merah menyala dan segar
Pokok mahkota dewa...nampak tak buahnya?

Keledek Rebus

Ubi keledek ni dah hampir seminggu bawa dari kampung, pagi ni aku baru nak rebus.. tujuan beli keledek ni aku nak buat kuih cek mek molek... tapi tak sempat buat kuih dah tinggal sedikit... makan keledek rebus je. Rasanya yang manis dan size ubi agak kecil membuatkan aku batal je niat nak buat kuih - leka dok makan ubi tu... Teringat masa dok kampung bila makan ubi rebus...terutamanya bila musim hujan macam-macam jenis ubi boleh jumpa. Ubi stelor @ keledek ni yang biasa aku jumpa ada 3 warna... kuning, putih dan puple. Tapi warna kuning paling aku suka sebab rasanya manis dan cantik bila buat kuih. 

Seperiuk ubi keledek kuning @ ubi stelor rebus

Friday, September 20, 2013

Kerabu Pauh versi Ikan Rebus

Hari ni aku tak lunch...jadi harus la makan nasi malam ni. Dalam perjalanan balik kerja aku dah plan nak masak yang ringkas tapi menyelerakan. Menu aku malam ni sup sayur campur, sambal pauh @ mangga muda dan ikan masin. Aku cuma nak kongsi gambar sambal pauh je sebab ia membuatkan aku makan bertambah tadi. Buah pauh @ mangga ni aku bawa dari kampung tempoh hari...masih segar dok dalam peti ais. Kebiasaannya buah pauh ni aku buat kerabu mangga ala siam atau buat sambal pauh. Tapi hari ni aku cuba resipi kerabu pauh ala kampung - gara2 makan kat kampung yang adik buat... memang sedap dan menyelerakan. Bahannya sikit je dan caranya buat pun mudah.. Bahan : buah pauh@mangga muda, ikan rebus@bakar, kelapa parut, bawang merah dan cili padi (kalau suka pedas). Cara mengolahnya : buah pauh@mangga disagat atau cincang kecil, ikan rebus@bakar diambil isi ditumbuk bersama bawang merah hingga lumat@hancur, masukkan kelapa parut dan mangga tumbuk agak2 hancur...mangga jangan terlalu hancur nanti tak ada nikmat bila makan. Kemudian letak sedikit garam dan gula...kalau nak pedas boleh letak cili tumbuk atau gaul cili yang dipotong kecil. Ok siap untuk dimakan. Petua: ikan rebus cukup rasa.. masa ikan rebus letak garam  nesan@gula melaka dan asam keping...air cuma sedikit je sebab air akan keluar dari ikan masa merebus. 

Kerabu mangga/putik pauh

Variety Sandwich

Breakfast pagi ni aku beli je...adakala tu tak tau nak masak apa untuk dibawa bekal, kat area ofis ni kalau untuk sarapan pagi banyak juga pilihan especially fast food - ada Subway, McD, Starbuck yang dah complete set dengan minuman etc.. tapi kalau dah setiap pagi, tengahari dan petang dok makan fast food ni memang menjemukan dan badan pun penuh dengan lemak tepu. Sifat manusia bila selera nak makan tu soal kesihatan tak diambil kisah. Nak citer perangai aku pula kalau dah tak ada pilihan nak sarapan, penyelamatnya adalah menuju ke kedai roti - kat sini banyak pilihan roti cuma yang aku suka sandwich yang pelbagai atau 'Healty Sandwich' - dalam satu pack ada sandwich telur, tuna dan vegi - bila makan tak rasa jemu.

Sandwich tuna, telur dan sayur

Popia Simpul

Popia simpul ni kalau nak ikutkan dok terperap dalam kabinet dah hampir sebulan, kononnya nak makan masa  hariraya lepas - disebabkan banyak pilihan lain jadi terpinggir la, lagipun kat rumah ni tak ada yang berminat nak makan. Malam tadi aku buat operasi clearance - tanya Mr Right dia tak nak makan, untuk tidak membazir aku bawa kat ofis mesti 'laku'. Masa dok masuk dalam balang tu aku rasa la seketul - masih ok lagi sedap dan ranggup!!! cuma ada sedikit berminyak. Bila tengok pada bentuk popia yang dia orang buat ni aku memang tak reti la nak pusing. Aku bab-bab kreatif ni tak ada anugerah dan agak kurang usaha.  
Stok diofis!!!

Wednesday, September 18, 2013

Rezeki Kebun

Cuti Hari Malaysia. Kami ambil kesempatan balik kg, bertolak pagi sabtu - sebelum sampai kampung, singgah di Kuala Krai untuk tengok kebun dan kebetulan ada orang nak jual tanah kebun. Plan kami nak beli kebun tersebut sebagai aset setelah tamat makan gaji. Sekali sekala masuk kebun dikawasan pendalaman ni rasa tenang je...udara pun bersih. Kawasan sini permukaan tanahnya berbukit - uuhhh jenuh jugak la kami mendaki untuk tengok kawasan tanah ni, terasa mengah dan menggigil lutut aku -  aku ternampak orang sedang menoreh - terfikir juga setiap hari dia orang panjat bukit ni, mesti badan cukup kuat dan jadi kebiasaan pada mereka. Sebelum ni aku pernah panjat bukit masa mula-mula aku beli tanah kebun kat sini. Tapi sejak arwah ayah meninggal kami jarang datang jenguk kebun kat sini, harapkan orang jaga je... hasil buah-buahan pun jarang datang ambil. Ya la masing-masing sibuk dan alasan jauh nak datang - sanggup beli yang depan mata je bila nak makan.

Rezeki kami hari ni - orang yang jaga kebun dah pungut buah-buahan yang ada dikebun untuk kami - sampai je dah terhidang dengan buah durian dan dokong - memang puas la dapat makan buah yang baru gugur. Selain dari hasil menoreh getah,  seperti durian, dokong, duku langsat, petai, pucuk paku adalah tanaman tambahan bagi pekebun kat sini - sebab tu orang tua pun ada berkata berbudi dengan tanah tidak rugi. Tapi sayang anak-anak muda sekarang tak sanggup untuk keluarkan duit melabur dalam hartanah, mereka rela melabur dengan barang-barang mewah dan berprestej....

Mari-mari!!! makan durian segar dari kebun....
Durian yang aku bawa balik dari kebun - sakit kepala menahan bau durian dalam kereta untuk sampai kat kampung
Buah dokong yang manis - puas menikmatinya
Buah Pauh muda - boleh buat kerabu, sambal pauh atau cicah dengan kicap
Rebung - ambil masa panjat bukit  - masak lemak kuning atau kerabu 

Friday, September 13, 2013

Ikan Jemuduk Masak Tempoyak

Malam tadi masak lauk ala kampung satu rumah bau tempoyak. Uuhhu sejak akhir ni selera makan masak tempoyak menjadi tarikan aku. Biasanya ikan jemuduk ni aku masak kari atau masak lemak kuning, tapi hari ni pertama kali cuba masak tempoyak - dalam hati ni terdetik juga sedap atau tak ni...jangan la ada yang tak makan nanti rugi je ikan ni. Alhamduillah sedap, selain dari tu makan malam kami ditemani juga sambal sotong 3 rasa ala tomyam. Cara masak sotong ni rencahnya macam masak ikan 3 rasa cuma aku masukkan perencah tomyam, eeemm terlupa nak snap pic gambar masakan sotong. Ya la kalau dah hidang dan bau menyelerakan tu perkara lain dan lupa...makan perlu diutamakan.

Ikan Jemuduk masak tempoyak-memang menyelerakan.

Thursday, September 12, 2013

Nescafe & Maruku

Selamat pagi semua!!! Pagi yang sejuk dan nyaman ni bahagianya bila dapat semug nescafe untuk hilangkan rasa sejuk dan mengantuk. Bila sampai ofis mula la  memikirkan nak breakfast apa pagi ni? Aku bancuh nescafe... eeemm kalau ikutkan aku kurang selera nak makan. Sementara tu aku makan je maruku sebagai peneman nescafe - yang penting sekali dapat minum nescafe untuk bagi kesegaran mata. Maruku ni ofismate yang bagi memang sedap dan terasa ianya baru dibungkus - senang citer bukannya stok lama. Dalam sejarah hidup aku tak pernah masak maruku, entah kenapa tak tergerak hati ni nak belajar masak sendiri - mungkin aku ni tak tergolong dalam peminat maruku.

Maruku ni tajam sikit tapi disebabkan kerangupannya aku jatuh hati untuk makan

Wednesday, September 11, 2013

Salad & Nugget

Petang ni mood nak masak tak memberangsangkan - sebabnya aku masih kenyang - di ofis masa minum petang tadi aku makan karipap. Bila tanya Mr Right dia nak makan yang 'light' je. Eemm tak perlu aku berdiri kat dapur untuk masak nasi dan lauk. Senang tugas aku dengan mood cam ni - goreng nugget dan sediakan salad - cukup la untuk makan malam ni. Bila makan macam ni sekali sekala perut pun tak terasa padat.
 
Hidangan yang ringan - salad, timun, tomato, nugget ayam dan pelbagai sos!!!

Tuesday, September 10, 2013

Rutin : pejabat & rumah

Bila hari kerja rutin aku seharian boleh dikatakan sama je - pagi ke tempat kerja - cukup masa petang balik rumah - situasi kat rumah perkara pertama yang wajib dibuat sediakan makanan sebabnya aku jarang makan tengahari di ofis jadi malam kena makan tak kira sikit atau banyak, makan tetap kena makan demi kesihatan. Petang tadi aku masak nasi, udang masak tempoyak, kacang panjang goreng dan ikan selar bakar. Kekadang tu terfikir juga menu aku lebih kurang sama je...bila tanya Mr Right nak makan lauk apa... eeemm jawapannya: masak apa yang ada - dia tak kisah menu apa semua dia makan. Memang dari dulu tu je jawapannya bila minta idea untuk memasak.

Udang masak tempoyak - bila dapat masakan confirm selera makan bertambah
Kacang panjang goreng

Monday, September 9, 2013

Roti Badam Bermadu

Petang semalam sesi 'checking'  stok makanan kering - ada stok tepung roti tapi tak cukup untuk satu adunan... jika simpan lama dalam kabinet ni alamaknya rosak la tepung ni. Aku 'on' je bread maker tu, untuk cukupkan sebuku roti aku campur dengan tepung gandum biasa. Lagipun sekarang ni kos saraan hidup dah meningkat jadi kenal la bijak menyatu segala keperluan. Resipi roti hari ni aku catu segala macam...letak madu untuk kurangkan penggunaan gula, stok kekacang dan mix fruit yang ada aku masuk je dalam adunan roti. Lepas ni tercipta la resipi roti lain dari biasa aku buat....janji halal dan enak. Bila kita masak sendiri roti ni tak letak bahan pengawet dan penaik - bila makan pun terasa kepadatan tepung.

Roti segar - cuaca sejuk sedap cicah dengan teh o atau kopi o
Roti badam panas baru keluar dari breadmaker - ready untuk dipotong - sebuku roti stok musim hujan

Nasi Campur

Mari kita makan nasi... malam tadi aku sediakan nasi campur untuk makan malam. Menu macam biasa je, sup tulang, ikan 3 rasa dan goreng kailan. Sekarang ni musim hujan boleh dikatakan setiap hari hujan - bila cuaca  sejuk ada sedikit menganggu diet aku. Uuhhh selera nak makan mula bertambah. 

Sup Tulang Lembu untuk panaskan badan - Kali ni aku guna tulang lembu import - rasanya agak kurang jika dibandingkan dengan daging segar tempatan   
Ikan Kembung 3 rasa - Disebabkan cuaca sejuk ikan berselimut dengan sos yang nampak kepala dan ekor je.
Kailan goreng ni terlebih masak - tukang masak terlalai sekejap - Biasanya orang masak kailan dengan ikan masing tapi kali ni aku tukar kepada sotong segar.

Sunday, September 8, 2013

Breakfast

Good morning everybody!!! Enjoy breakfast today??? Kena ingat ya semua makan pagi amat penting untuk menjaga kesihatan tubuh badan kita tak kira sakit atau nak diet. Makan untuk waktu lain kita boleh 'escape' tapi jangan tak makan pagi. Untuk makan pagi paling kurang sekeping roti dan segelas jus susu teh coffee atau sebagainya atau bagi yang menjaga kesihatan tentunya makan oat.
Aku pagi ni selepas cycle 30 minit, breakfast satu scop oat BG22. Selesai aktiviti kemas rumah....aduiii terasa lapar la pulak, cam mana ni...sekejap lagi nak pergi kelas mengaji, kalau bertahan rasanya tak boleh sebab kelas habis pukul 1 ptg, confirm aku tak boleh fokus bacaan dan apa yang ustaz ajar. Ok la ambil masa sikit goreng pasta semalam...goreng yang seringkas dan secepat mungkin...aku nak kejar masa. Ketuk bawang putih, pecah telur dan letak sedikit perencah tomyam brand life dan kicap...wokey siap...eehhh tak da sayur ke? Ok  letak salad cukup!!! 

Pasta goreng yang ringkas, cukup la alas perut hingga tengahari-sekurangnya tak ada gangguan bunyi masa mengaji nanti

Friday, September 6, 2013

Selera!!!

Beberapa hari ni aku kurang selera untuk makan nasi, antara pilihan aku: maggi dan pasta. Aku masak makanan macam ni bila Mr Right tak ada rumah je...sebabnya dia tak minat pasta. Penyediaan masakan ni memang cepat...aku tak perlu nak buang masa kat dapur. Ada orang kata masak makanan seperti maggi dan pasta adalah orang pemalas...uuuhhhu tak payah nak fikir malas atau rajin...janji masakan menepati selera.

Pasta carbonara versi berkuah-diubah ikut selera tersendiri, bila makan tu rasa macam kuah laksa lemak-untuk rasa pedas tambah sedikit cili tumbuk/sambal.
Maggi berkuah aneka sayur!!! meriah tengok makanan yang ada warna-warni

Barang Terpakai

Antara botol nescafe dan botol sos yang digunapakai, boleh la letak kekacang di ofis, kalau kat rumah boleh juga isi makanan lain.


Bila sebut barang terpakai ni banyak maksud dan istilah yang diberikan dan berbagai kategori barang atau product yang boleh 'recycle'. Barang terpakai ni maksudnya guna semula sesuatu produk tersebut sekiranya keadaan atau produk tersebut masih elok dan selamat. Berbagai tujuan dan matlamat kita digalakkan guna semula barang tersebut seperti untuk mengelak dari pencemaran dan pembaziran. Tapi ada juga orang gunapakai semua sesuatu barang disebabkan minat atau sayang untuk dibuang. 

Bagi aku pula antara barang dapur yang jarang aku buang adalah seperti botol nescafe, botol sos prego dan sebagainya yang berkaca. Aku suka tengok bentuk dan ketahanan barang tersebut. Botol-botol ini selain kedap udara ia juga selamat dan bila isi makanan tidak ada bau. Biasanya kalau guna bekas plastik mesti ada bau produk plastik tersebut dan ada setengah tu tak kedap udara. Jadi mulai hari ni puan-puan jadi la peminat penyimpan botol yang unik ni sebagai hobi ya....tapi ingat!!! jangan pula menyemak dalam kabinet dapur.



Thursday, September 5, 2013

Melayan Jamm

Hari ni dah khamis, hujan dipagi hari dengan udara yang sejuk rahmat dari Allah swt. Tiada apa nak dipertikaikan bila hukum alam macam ni...perasaan untuk ke tempat kerja bila hujan membuatkan aku cukup tertekan sebabnya terpaksa merentas jamm. Sabar la wahai hati untuk mencari rezeki terpaksa melalui dugaannya...tiada yang jatuh depan mata, semuanya kena ada usaha. Sejam lebih berlalu atas jalanraya aku masih belum sampai ofis...biasanya pukul 8.30 aku dah sampai ofis, hari ni separuh jalan pun belum sampai lagi, alamatnya kena tambah lagi satu jam untuk sampai ke destinasi. Situasi dalam kereta agak tegang ni!!! mengantuk dan bosan dah mula melingkari aku, uuuhhhu teringat coklat yang sempat aku sambar sebelum keluar rumah tadi. Ferrero Rocher jadi ubat menghilangkan mengantuk pagi ni, jadi la sambil layan jamm kunyah kekacang dalam coklat ni.

3 biji coklat ni selesai...kalau ada sekotak pun boleh habis bila stress cam ni.

Wednesday, September 4, 2013

45 minutes Cycling

Hari ni aku tetapkan waktu untuk exercises, sampai rumah agak lewat...at 7pm aku mula mengayuh basikal, uuhhuu paksa diri ni ambil masa 45 minit setiap hari.... aku ketepikan waktu masak bila Mr Right outstation. Bila dia ada aku kena la adjust masa. 45 minit cycling memang dah cukup untuk keluarkan peluh...lagipun tak rasa penat sambil layan drama tv. Terasa kejang juga betis dan pinggang aku hari ni...mungkin tu tanda2 saraf mula berlaku pengaliran darah dan pembakaran toksin. Ya la bila setiap hari jadi rutin mungkin kejang dan tegang tu akan hilang. Harapnya aku terus membakar lemak2 tepu dalam badan ni...sebelum basikal tu merajuk.....

Setelah 15 minit kayuh...badan dah mula rasa berpeluh
46 minit berlalu...berhenti!!! cukup untuk hari ni lagipun badan dah berpeluh, urat betis pun dah terasa kejang, besok boleh sambung lagi.

Pemanis

Rutin aku setiap pagi bila sampai ofis - kalau tak ada problem tengah jalan aku orang pertama sampai ofis - dari buka pintu, lampu, etc...aku akan menghala ke pantry untuk masak air. Emmm sambil tu cik yah  fikir nak minum apa pagi ni, kat pantry ada nescafee, teh, milo....semuanya aku tak terliur. Releks dulu masih awal pagi...lepak kat tempat aku sekejap...buka locker kot-kot ada stock minuman yang boleh tarik selera aku... tapi yang ada cuma paket pemanis.... uuhhh ni semua kenangan masa bertugas kat ofis 'comm center' beberapa bulan lepas. Pemanis ni aku beli sebab bos-bos kat sana dulu akan minta gula ni...mereka semua tak ambil gula biasa. Ada balance tu aku bawa la kat sini, tapi aku tak terminum pun. Ya la aku kalau minum teh atau nescafee mesti pilih susu pekat manis....uuuhhhuu lemak dan manis tetap dihatiku weeaahhh!!! Sekali sekala kalau bancuh teh o boleh la guna pemanis ni... tapi aku tak tau sejauh mana keberkesanan pemanis ni sebagai mengawal penyakit atau kelebihanya.

Tuesday, September 3, 2013

Hanya Citerku!!!

Beberapa hari ni setiap petang hujan, kalau hujan waktu balik kerja tambah la masalah jam...masing2 bawa kereta slow & steady. Aku bila bawa kereta cam ni mula la mengantuk...kalau boleh tak ingin aku dok lorong ikut kereta yang terhinjut-hinjut tambah sakit jiwa, aku sebolehnya akan ambil lorong tepi yang agak laju sikit...janji aku tak mengantuk. Tadi sampai kat rumah hujan masih lebat...alamak malasnya nak berpayung untuk buka pintu pagar...bila hujan mula la aku menghitung nak pasang
'auto gate' tak payah nak turun kereta... eemmm akibat kemalasan berpayung aku redah je dalam hujan buka pintu pagar....tak ada penyaki cari penyakit...masuk je rumah kepala aku mula berdenyut...sah gara2 kena hujan. 

Masa memandu mengantuk, kena hujan sakit kepala...ubatnya aku kena exercises!!! Basikal tu dah lama tak kayuh sejak puasa ni aku abaikan. Malam ni aku luangkan masa 30 minit untuk berkayuh...uuuhhh segar badan ni bila keluar peluh. Nekad!!! Mulai malam ni kena tetapkan masa untuk exercises demi perkumuhan toksin dalam badan yang buat aku mengantuk dan letih. Ok malam ni makan buah betik je la sebabnya kat ofis dah lunch laksa. Betik ni fresh & sweet, kalau macam ni sebijik betik pun aku boleh habiskan....

Kerana Mu Minyak

Punca laporan harga minyak naik aku pun tak mood nak baca newspaper pagi ni. Biasanya paper pertama yang aku pilih untuk baca adalah Utusan diikuti The Star, Berita Harian, NST dan yang terakhir paper  Harian Metro. Tapi pagi ni Harian Metro jadi pilihan pertama aku...sebabnya bosan dan menyampah nak baca isu-isu negara hari ni. Ya la bila baca buat sakit hati....dulu bila baca paper aku akan analisis hal semasa dan terima apa yang dilaporkan. Tapi hari ni aku jadi pembangkang sebab ketidakpuasahati atas pengurangan subsidi minyak untuk rakyat....rakyat tu termasuk aku la. Wahai pak-pak menteri dimanakan janji-janji masa PRU13 dulu...adakah ini akurjanji kerajaan BN. Jangan la dijadikan alasan pemberian kenaikan BRIM untuk senangkan hati rakyat. Bagi yang tidak layak nak terima BRIM macam mana? 

Jika diikutkan bajet aku sekarang tidak la terganggu sampai tak boleh makan...tapi aku kesian kepada rakyat yang sekadar cari makan hari ini dapat gaji cukup untuk tampung perbelanjaan makan hari tu saja...kalau pergerakan gaji sealiran dengan kenaikan harga barang sekurangnya boleh kurangkan 'stress' mereka. Selepas ni bukan sekadar kenaikan petrol ...barang-barang lain juga akan dinaikkan alasanya untuk menampung kos pengangkutan dan peralatan perlu diisi minyak. Bagaimana kita nak menjana ekonomi rakyat sekiranya pendapatan mereka sekadar cukup makan saja. Mereka pun nak juga ada rumah sendiri, makan makanan yang berkualiti, bajet hantar anak belajar tution dan peringkat lebih tinggi, nak juga tidur malam lena diulik mimpi indah....dan ada juga bajet untuk pergi bercuti seperti pak menteri dan orang kaya lain. Kita tunggu dan lihat je la nasib kita di bumi Merdeka ini.
Pilihan pertama hari ini
Yang kat bawah ni akan dibaca juga....tapi dengan perasaan terharu!!!!