Saturday, January 21, 2012

Spaghheti Bolognese

Cuti hari ni masak spagheti je... dah set dalam kepala makan ni je untuk seharian ni, sebab tak nak la masak yang lain memandangkan besok ada kenduri, kalau masak makanan lain sure membazir. Lagi pun dah lama tak masak spagheti ni dah tentu selera tu panjang boleh makan 2 @ 3 kali. Tu la aturan pemakanan yang tak elok sebenarnya, kepada sesiapa yang nak diet tu tak elok makan makanan yang sama sepanjang hari... segalanya tak menepati piawaian.

Agaknya kenapa la spaghheti bolognese menjadi pilihan makanan setiap orang sedangkan kita ni asalnya dari kecil lagi terdedah dengan nasi? Masing-masing boleh jawab sendiri!!!

Saya suka sebab rasa sosnya yang ada masam manis, senang nak masak, tak perlu nak sedia banyak bahan...  tapi kena hati-hati daging cincang tu banyak lemak kurang elok untuk kesihatan.

Tuesday, January 17, 2012

Keluhan Setiap Pagi



Tahun 2012 dah berlalu hampir 3 minggu. Boleh dikatakan minggu ke2 januari 2012, setiap pagi aku stress je menghadapi jam ke tempat kerja. Semalam masuk minggu ke3 pun masalah yang sama asyik lewat je masuk ofis. 

Sembang dengan ofismate... mungkin semalam hari isnin orang cakap jalan memang jam sebab ramai yang bekerja nak masuk ofis awal --- 'aku keluar 7.30 pagi - 9.30 pagi sampai ofis di Mont' Kiara'. Kalau hari ahad pandu kereta dari rumah ke bandaraya KL cuma 15-20 minit je, tapi bila hari lain paling kurang 1 1/2 jam. 

Mana la menteri-menteri yang patut fikir pasal masalah rakyat ni... tolong la kesian kat kami ni... kami pun nak cari rezeki gak nak juga jaga rekod kedatangan kat ofis.

Sunday, January 15, 2012

Makan Pagi: Roti + Telur Hancur

Ini menu makan pagi hari sabtu lepas, memandangkan tak berkesempatan nak update jadi post je hari ni. Ni je yang paling senang nak masak saat perut dah berkeroncong. Saya ni pada mulanya nak buat omelette kesudahannya jadi lain, tu la bila tak ada kepakaran dan nak cepat. Maka jadi la resipi telur hancur. Emmm makan je la.


Hidangan ni nampak cam tak menarik tapi kalau waktu pagi tambah pula saat dah kelaparan semuanya jadi sedap!!!!

Wednesday, January 11, 2012

Pulut Durian

Sekarang ni musim durian kot...setiap tempat ada je orang jual durian. Apa lagi durian ni memang boleh dikatakan semua orang suka makan...tak kira bangsa dan usia. Bagi yang mengemari durian ni mesti pandai tengok jenis buah yang isi elok dan sedap. Lagipun dia orang sanggup bayar janji kualiti bagus. Ya la alah membeli menang bila makan. Saya ni kalau nak cerita bab beli durian memang tak begitu pandai. Kekadang tu rasa tertipu pun ada dengan penjual. Nak buat macam mana tu rezeki dah macam tu... Tapi hari ni memang catat sejarah la durian yang kami beli ni memang semuanya elok dan puas hati. Harganya pun memang murah RM20=5 biji. Kali ni bukan setakat makan durian je...saya siap masak pulut makan dengan durian.



Tuesday, January 10, 2012

Biskut Jacob

Hari ni lunch cuma makan biskut je. Tau nak makan apa hari ni...ha..ha..ha.. ni salah satu masalah diri sendiri. Pukul 2 tadi dah keluar pusing-pusing kat area ofis ni sambil fikir pasal lunch. Kesudahannya naik tangan kosong perut pun tak berisi. Bila dah pukul 3 perut dah mula menyanyi!!! yang ada cuma biskut...emm jadi la.. top-up sikit lagipun breakfast tadi dah makan roti kaya, tak da la lapar tahap gaban.
Ini la rupa lunch+minum petang saya, biskut jacob + teh. Kalau hari-hari macam ni boleh kurus kot. Kalau kurus ok gak...takut nanti orang kata nak jimat duit. Adoii lagi la haru biru, mana nak letak muka ni. Tapi hakikatnya kita ni bukannya kedekut pasal makan tapi selera tu tak bercambah untuk hari ni.

Monday, January 9, 2012

Nasi Briyani Syed Bistro

Sabtu selepas kelas quran, saya singgah makan tengahari dekat area jalan doraisamy. Kat area sini banyak kedai mamak, tapi saya pilih Syed Bistro. Perut pun dah berbunyi sejak dalam kelas lagi. Kat kedai ni seperti kedai mamak yang lain juga ada bermacam-macam menu. Tapi saya pilih nasi briyani memandangkan tu yang menyelerakan bila masuk kat sini. 


Ni set hidangan yang saya pilih
Set hidangan yang saya pilih tu biasa lauk ayam goreng yang disalut tepung, rasa ayam tu biasa je. Nasi briyani terasa lembut dan rempah briyani tu kurang sikit rasanya. Tapi bila kena dengan acar yang sedap bertambah selera makan. Ayam yang kawan saya pilih tu memang terasa rempahnya dan sedap bila dimakan dengan nasi briyani tu. Kat sini juga ada set briyani kambing dan udang.

Set hidangan kawan pilih ayam berempah



 
Lepas makan kena la bayar

Wednesday, January 4, 2012

Buah Tangan @ Souvenir

Wahh seronoknya dapat hadiah tahun baru. Semalam kawan ofis tiba-tiba je menghulur bungkusan  sebagai souvenir dari UK. Biasanya cam ni la kalau dia balik dari trip@holidays mesti ada hadiah atau cenderahati untuk saya. Kekadang tu malu juga asyik terima pemberian dari dia. Ya la boleh dikatakan dalam setahun tu lebih dari 3 kali dia keluar negara. Bestkan kalau ada bajet lebih boleh keluar negara tanpa fikir panjang.

Kali ni saya teruja sangat sebab bila buka bungkusan tu dalamnya handbag brand clarks.... handbag ni cantik pada mata saya... casual handbag, warna kegemaran saya pulak tu....macam dia tau je pilihan hati saya. Terima kasih my dear friend... saya doakan semoga Allah swt tambah lagi rezeki untuknya.

Material dari leather & fabric
  
Material kat dalam ni memang lembut


Koleksi Bacaan

Cuti tahun baru saya sempat singgah di Popular Book Store, membeli bahan bacaan memang menjadi rutin saya kalau terserempak dengan kedai buku. Kalau tak beli pun saya mesti singgah sekejap. Membaca ni salah satu hobi saya terutamanya novel melayu + english. Cuma saya jarang nak bercerita dalam blog ni tentang buku-buku yang saya miliki. Kawan saya pun terkejut bila datang rumah tengok saya memilik koleksi novel...dia tak sangka saya ni peminat novel...emmm tu la kan tak semua minat dan kesukaan kita orang tau walaupun kawan baik.

Kesempatan hari tu saya cuma beli 2 buah buku je, novel dan buku ilmiah. Lagipun saya pilih yang ada diskaun untuk pemegang kad keahlian. Bila berada kat kedai buku ni kalau ikutkan hati semua buku yang ada tu menarik untuk dibaca... tapi saya tak nak la beli serentak banyak...sebab saya tau perangai saya kalau dah ada buku tu mesti saya akan baca semua. Jadi saya plan sekurangnya sebulan tu saya beli 2 buah buku je.


 


Novel tu dah separuh saya baca semalam... buku agama tu saya baca secara rambang je dulu...biasa la mood lebih kepada novel. Buku agama tu memang menarik minat saya sebab penyampaiannya bercorak soal jawab di mana ianya senang untuk difahami.

Monday, January 2, 2012

Lunch Cuti Tahun Baru

Hari ni tak ada plan nak keluar memandangkan aku nak buat persedian mental dan fizikal untuk ke tempat kerja besok....al-maklum la awal tahun baru ni nak mula dengan sesuatu yang baik. Bila bermula dengan niat dan nawaitu dengan sesuatu yang elok inssyallah segalanya akan berterusan dengan baik.!!!

Pagi ni tak sempat nak breakfast sebab banyak sangat aktiviti aku... dari mengosok baju hingga la mencuci kereta...wowww hebatkan!!!. Bila dah siap semua tu jam dah hampir 11 pagi... jadi menu sesuai untuk keep in adalah makan tengahari. Pilihan hari ni masak ala kampung.. nasi putih + lemak labu & bayam + ikan masin + udang goreng kunyit + cincalok. Hidangan ni kalau ikutkan hati memang bertambah-tambah la makan... tapi aku kena slow down sebab azam tahun ni nak diet....ha!.ha!ha... betul ke ni?

Masak lemak labu + bayam

Cincalok bersama cili+bawang merah+tomato+limau kasturi
Ikan Masin


Permulaan 2012

Hari pertama tahun 2012: jiwa aku merindu kawan-kawan lama... cuba hubungi 4 orang, adoiii semuanya tak angkat phone... mana kawan-kawan ku menghilangkan diri.. cuti umum biasa la ada yang keluar dari KL dan mungkin mengambil kesempatan melenakan mata. Niat tahun ni aku nak mengeratkan hubungan antara sedara mara & kawan-kawan. Ya la tu salah satu perkara yang dituntut dalam agama apa salahnya aku amalkan.

Ok...ring-ring-ring mangsa pertama aku tadi dah return my call... uuhhh dah hampir setahun tak jumpa, bukannya putus hubungan cuma tak dating je. Biasa la masing-masing sibuk dengan urusan, tambahan pula kawan ni bisnes sendiri jadi masa free dia berbeza dengan aku. Ok confirm dating!!!

Bila dah jumpa tu pertamanya cari tempat makan... sebab bila mengadap makanan bermula la chit-cat-sharing-carring. Petua orang tua kalau hendak mengeratkan pertalian antara keluarga atau sesiapa saja...salah satunya duduk makan sama-sama menikmati hidangan. Teringat kata-kata arwah ayah...'bila waktu makan kita makan sama-sama (ibubapa + anak2) akan bertambah erat kasih sayang dan ikatan persaudaraan akan berkekalan'. Kata-kata tu memang nyata sekali...walaupun ibu dan ayah dah tiada kami adik beradik tetap erat biarpun masing-masing berhijrah. Bila berkumpul waktu makan kami jadi keutamaan untuk kekalkan tradisi dan pesanan arwah.

Balik semula cerita saya dengan kawan...kami tak kisah tempat untuk makan tu mewah atau tak...janji selesa dan makanan tu boleh cuba je... kat sini saya tengok ramai orang beratur@order makanan.. apa lagi kita orang pun joint sama kat kioks Hot & Roll.
order kami dalam proses!!! crispy bbq chicken
Crispy peanut .... pilihan kawan saya

pharata chicken chease..pilihan saya!!!

Sunday, January 1, 2012

Tahun Baru 2012




1.1.12 (Ahad)=6 Safar 1433H bertambah lagi umur alam ni... namun aku bersyukur kepada Mu masih dipanjangkan usia untuk menikmati segala anugerah ini. 
Setiap kali tiba sesuatu yang baru mesti ada tertanam azam dan cita-cita. Itu la lumrah manusia ingin mencapai kebahagian hidup!!! 
Doa dan harapan aku mencari keberkatan dalam ibadat sebagai bekalan di dunia seterusnya di akhirat. Di dunia Allah swt telah membuktikan kepada aku setiap yang ada segalanya dariNya. Aku redha segala yang ditentukannya ini. Walaupun yang diimpi  belum tercapai aku tetap bersyukur segala yang dinikmati sekarang.

Hidup perlu diteruskan selagi DIA mengizinkan. Inssyallah segalanya membahagiakan di tahun ini. Amin.